Saturday 14 December 2013

Putu halba laris dalam musim tengkujuh

Zizah Awang melayan dua pengunjung yang mahu membeli putu halba di gerainya di Kampung Berangan Apam, Pasir Mas, Kelantan, semalam.

PASIR MAS 12 Dis. - Ketibaan musim hujan memberi rezeki 'segera' kepada sebahagian penduduk di negeri ini.
Dengan ketibaan musim itu, ramai yang memilih untuk menjual sejenis kuih tradisional iaitu putu halba yang dibuat daripada ubi kayu.
Kuih tersebut dikukus di gerai-gerai sementara di sepanjang jalan-jalan utama bagi memudahkan orang ramai membeli kuih berkenaan.
Sambutan yang diberikan sungguh menggalakkan sehingga ada peniaga yang mampu memperoleh pendapatan RM100 sehari.
Perkara itu diakui oleh seorang suri rumah, Zizah Awang, 55, dari Kampung Berangan Apam di sini yang melahirkan rasa syukur kerana ketibaan musim hujan memberikannya peluang berniaga putu halba.
"Sejak minggu lalu, saya mula berniaga putu halba itu dan pendapatan yang diperoleh agak lumayan.
"Walaupun harga ubi kayu meningkat daripada RM2 ke RM4 sekilogram (kg), saya tetap menjual putu halba pada harga lama iaitu RM2 untuk lima ketul," katanya yang ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, Zizah berkata, dia perlu mendapatkan kira-kira 30kg ubi kayu setiap hari untuk diproses menjadi serbuk sebelum dikukus sebagai putu halba.
Jelasnya, hasil jualan putu halba yang dimakan dengan gula melaka dan kelapa parut itu mampu menampung perbelanjaan harian keluarganya.
"Saya menjual air kelapa dan tuak sebelum ini tetapi terpaksa berhenti kerana minuman kurang laris semasa musim hujan tetapi putu halba pula laris dijual pada waktu sebegini," katanya.

1 comment:

  1. Togelhoki8 situs betingan online terpercaya
    yang menyediakan deposit via bank lokal dana.
    ovo.gopay link aja.dan pulsa telkomsel .xl.3
    dengan deposit mulai dari 10.000 an dan wd 50.000
    an saja sudah bisa bermain sepuas nya :)


    https://159.89.175.252/

    ReplyDelete